Pengalaman Menghidap Bell's Palsy
March 04, 2017
Assalamualaikum..
Selamat Pagi. Alhamdulillah. Berjumpa lagi dalam alam maya ini. hahahaha. Kesian dengan orang baru rajin nak update blog ni. tak apa lah. sementara ada semangat dan kegigihan nak update blog ni 😊
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sekali lagi atas nikmat kehidupan ini. Semuanya atas izin Allah. Syukur..
Sebenarnya Nad nak cerita pengalaman Nad sendiri yang sebelum ni pernah menghidap Bell's Palsy (kecacatan otot muka) pada pertengahan Januari 2017 hari tu. Hanya Allah je yang tahu pada masa tu apa yang Nad rasa. Rasa down terasing semua ada. Apa yang boleh Nad buat pada masa tu, jumpa doktor, dapatkan nasihat doktor apa yang perlu Nad buat untuk next action. Jumpa doktor, doktor akan bagi sejenis ubat steroid dan juga ubat yang kaya dengan Vitamin B. Nama ubat Nad tak pasti dan tak ingat. Ubat tu boleh dapatkan dekat farmasi. Doktor bagi tempoh dalam 2 minggu. Sekiranya tiada perubahan, Nad perlu berjumpa dengan pakar atau buat fisioterapi. Alhamdulillah dengan izin Allah, dalam seminggu Nad nampak perubahan demi perubahan. Jadi, Nad tak perlu untuk berjumpa pakar atau buat fisioterapi.
Punca gejala bell's palsy ini antaranya stress atau dijangkiti virus. Tapi 2 hari sebelum Nad kena, Nad dok bantai gelak sakan dengan kawan2 Nad sampai tahap tak boleh nak cover gelak. Mungkin otot-otot muka Nad terkejut bila Nad gelak sakan sebab sebelum ni memang tak pernah gelak sakan yang macam tu dan mata pun pada masa tu dah start berair. Ingatkan sebab kesan Nad tukar cermin mata baru. keesokan harinya pula bangun pagi air mata asyik mengalir je.. perubahan ketara pada sebelah malam. minum air guna straw tapi Nad tak dapat nak sedut straw dengan sebaiknya macam sebelum ni. Nad try kembung kan pipi dan berkumur pun tak boleh macam sebelum ni. Nak makan suap dalam mulut pun tak mampu. Always makan comot. I'm feel so down !!! ☹☹☹ But now, Alhamdulillah. I feel good 😉 boleh senyum seperti biasa!
Untuk next post, In Shaa Allah Nad akan kongsikan apa yang Nad buat sepanjang dalam tempoh nak pulih dari Bell's Palsy 😊😊😊

Untuk next post, In Shaa Allah Nad akan kongsikan apa yang Nad buat sepanjang dalam tempoh nak pulih dari Bell's Palsy 😊😊😊
1 comments