Aku dan Bell's Palsy
March 11, 2017
Assalamualaikum.
Alhamduillah syukur nikmat di atas kurniaan Allah S.W.T.. Selamat hujung minggu. Semoga sihat sejahtera. Seperti yang dijanjikan pada entry yang lepas, Nad nak share kan sikit apa yang perlu di buat semasa dalam tempoh Nad kena Bell's Palsy.

Untuk pengetahuan, Nad pulih dari Bell's Palsy adalah tanpa membuat rawatan hospital. Alhamdulillah dengan izian Allah, Allah berikan kesembuhan kepada Nad hanya dalam seminggu tanpa membuat rawatan hospital. Ada setengah pesakit, mereka membuat rawatan di hospital seperti membuat rawatan akupuntur (renjatan)
Macam Nad, Nad mengamalkan fisioterapi (urutan muka) sendirian. Setiap kali solat 5 waktu, Nad akan membuat urutan muka. Banyak buat reference dekat youtube mengenai teknik urutan. Guna minyak zaitun untuk memudahkan teknik urutan. Sebelum tidur juga Nad akan tuamkan bahagian muka yang terkena Bell's Palsy. Lakukan setiap hari. Selain daripada tu, selalu juga buat senaman mulut dengan mengunyah chewing gum selalu dan akhir sekali tentunya nad ambil supplement (makanan tambahan) yang mana juga turut membantu dalam pulih dari Bell's Palsy. Next post nanti nad akan share pula supplement yang sesuai untuk pesakit Bell's Palsy. Inshaa Allah kita cuba ikhtiar.
4 comments