[Review] Resepi Atok - Puchong Utama

November 02, 2015


Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Hampir seminggu rasanya tak post entry baru. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar semasa hari jubah aku untuk kali kedua. eah silap. kali ketiga termasuk tadika dulu. Ha Ha Ha. Okey, next entry baru aku cerita pasal hari jubah aku yea. Hari ni aku nak buat review sikit. 

Agak rasa dukacita jugak la bila tak dapat hadirkan diri dekat Foodgasm Fest. Tapi, aku tak lah rasa kecewa tahap hentak kaki. Sebabnya, dikatakan terlalu ramai orang dan berlecak ! So, rupanya ada sebab kenapa aku tak diizinkan untuk ke sana. 


Namun dalam kekecewaan, alhamdulillah akhirnya dapat jugak makan dekat Resepi Atok. Sanggup redah hujan yang lebat untuk ke sana. Demi keinginan kami gagahkan jua. Terima kasih untuk my lovely girlfriends yang sentiasa ada susah senang jatuh bangun aku.

Kenapa aku beria sangat nak ke sini. Sebabnya aku adalah one of the yang suka sangat makan makanan western. Yes ! namanya nampak je macam klasik2 gitu. Tapi sebenarnya Resepi Atok adalah more pada makanan western. Menu dia sangat best ! portion dia pun ok sessuai dengan harga yg dikenakan. dari segi harga dia pulak memang harga yang mampu milik dan sudah tentu perut pun terlebih kenyang.


Ini one of the menu. Jumbo Set. Dia ada 2 lamb, 3 Chicken Chop, 1 Steak Striploin, 1 steak rib eye, coleslaw, 5 scoop mashed potato dan 1 large fries. Berbaloi set ni. Boleh makan 4-5 orang dewasa.. tapi rasanya pun boleh makan lebih.


Antara menu yang ada selain Jumbo Set. Harga dia memang berbaloi baloi. Air dia pun memang best ! aku order fresh orange dia. fresh orange dia memang betul2 fresh. 


Lokasi berdekatan dengan AEON BIG, Puchong Utama, Sederet dengan JPN, Puchong Utama. Sebelah kedai mainan. Alamat seperti di atas. Waktu Operasi dari pukul 6.00 Pagi sampai 12.00 Malam. Last order 11.30 malam. Dibuka seminggu 6 hari (SELASA TUTUP) buat masa sekarang ni, tiada tempahan untuk table. Cuma datang walk in sahaja.




You Might Also Like

2 comments