Daftar Sukarelawan Sukan Sea ke 29

November 15, 2015


Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Selamat pagi ! awainya aku post entry baru. Lama dah kot aku tak post entry baru. Sebab ni la kot salah satu sebab nya kenapa aku suka post entry awal pagi. Lagi satu, aku memang jenis tak boleh nak sambung tidur semula selepas subuh. Oh ya. sememangnya seeloknya elakkan tidur selepas subuh.


Ok. Semalam ada perasmian pendaftaran untuk siapa-siapa yang nak jadi sukarelawan sempena Sukan Sea yang tak lama lagi akan diadakan di Malaysia iaitu Sukan Sea kali ke 29 pada tahun 2017 nanti. Lama lagi kan. Tapi, biasalah.. bila event yang besar macam ni yang melibatkan beberapa buah negara memang memerlukan persiapan yang sangat rapi. Siapa2 yang pernah terlibat dengan event akan tahu flow sesebuah event tu dijalankan. Sedangkan aku pun pernah buat program dekat luar negara pun kena ada persiapan dari tahun sebelumnya.

Nak maklumkan dekat awak2 semua, yang mana berminat boleh la cuba2 apply. hanya pergi ke laman sesawang dia www.seagames2017.com.my dan klik pada Volunteer Programme Registration dan kemudian isikan form yang diberikan pada bahagian Registration. Lepas tu Submit dan Siap! Mudahkan :)

Saya dah daftar. anda bila lagi? Jom ! jadi sukarelawan sea. Boleh cuba2 cari pengalaman baru.




You Might Also Like

12 comments