Vape HARAM !!
October 21, 2015
Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Selamat pagi semua. ^^ Awal2 pagi lagi dah update blog. Sejak semenjak jadi penganggur terhormat ni, berasa nak belai2 dengan kasih sayang pulak dekat blog aku ni. Sebelum ni kalau sempat je update. kalau tak sempat tak update. kalau tengok pun, list entry tu, every month 1 post entry je. Tu pun nasib baik ada. Kalau tak ada langsung, tu memang bulan yang terlalu busy.

Ok. Kembali kepada topik sebenar entry ini. Vape HARAM !! ulang sekali lagi. Vape HARAM !! ceq mintak maaf awai2 nah seandainya entry ini menimbulkan rasa tak puas hati dikalangan vaper2 terutamanya. Harapan aku semoga entry aku kali ini tidak dikecam.
Seperti sedia maklum. JAKIM telah mengeluarkan fatwa bahawasanya vape ni HARAM setelah diputuskan selepas pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada KKM dan meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan dan saintifik yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudaratan besar yang dihadapai akibat dan terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi akan datang.

Namu demikian, saban hari, aku nampak perkara ini sudah dijadikan sebagai trend malah juga dijadikan sebagai hobi dan pesta pada masa kini. Ke mana sahaja pergi, si vaper menunjukkan lagaknya yang mungkin dirasakan hebat sambil menghembuskan asap sesama sendiri. Di manakah sifat perikemanusiaan disekeliling kita ? Di manakah adab hormat menghormati di sekeliling kita ? Begitu juga dengan penghisap rokok juga shisha.
Bagi pendapat aku, selagi tak memudaratkan kesihatan, selagi pembentukan generasi akan datang tidak membawa kepada kerosakan akidah atau kelalaian, maka sudah tentu Vape ini tidak haram. Aku lihat sekarang ni, semakin ramai yang pandai menghisap dan menghembus kan asap berbanding sebelum wujudnya vape ! Perkara ni juga berlaku kepada teman2 dan kenalan aku. Daripada yang sememangnya tak reti hisap asap rokok, terus pandai menghisap asap vape. Boleh atau tidak aku katakan vape ini mendorong kepada perkara yang sia2?
Walaupun kewujudan vape ini adalah sebagai satu cara untuk mengurangkan ketagihan merokok dan juga sebagai langkah penjimatan untuk perokok, namun ianya akan membawa kepada kemudaratan kepada diri seandainya bahan (liquid) yang digunakan itu adalah merupakan bahan yang merbahaya yang boleh memberi kesan. Contoh bahan yang mendatangkan kesan buruk kepada pengguna ialah diacetyl. Diacetyl adalah bahan kimia yang memberi rasa lemak atau berkrim. Penggunaannya dalam penghasilan makanan disahkan selamat oleh FEMA dan Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat. Namun, ia mampu menyebabkan penyakit acute on-set bronchiolitis obliterans apabila disedut secara terus. Penyakit ini telah dikesan terhadap pekerja yang bekerja di bahagian penghasilan bertih jagung berperisa mentega yang ruang udara persekitaran tempat kerjanya mengandungi diacetyl. Tambahan lagi, hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Fersalinos dan rakan-rakannya mendapati daripada 159 sampel e-liquid yang diperoleh dari tujuh negara,74.2% daripadanya mengandungi diacetyl dan acetyl propionyl. Hal ini menunjukkan banyak perisa vape menggunakan bahan kimia merbahaya ini.
Ramai di antara kita yang memberikan respond yang kurang enak didengari hasil daripada pengharaman vaper. Mungkin disebabkan mereka tergolong daripada vaper atau sebaliknya. Dalam perkara ini, sifat dan sikap yang lahir dalam diri yang menentukan corak kehidupan diri.
Wallahua'lam...
3 comments