sarung jubah konvo lagi

October 25, 2015


Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..



Semalam 24 Oktober bermulalah hari konvokesyen UUM kali ke 28 sehingga 28 Oktober ini yang akan berlangsung di Dewan Mu'adzam Shah, UUM Sintok Kedah. yang mana akan ada 9 sesi yang terdiri daripada graduan PHD, Master dan Ijazah Sarjana Muda.


Pada tahu ini, aku merupakan salah seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian yang akan berlangsung pada hari pentup konvokesyen iaitu pada 28 Oktober. 

Alhamdulillah. Syukur dengan segala nikmat dan rezeki yang datangnya daripada Allah S.W.T untuk diri aku untuk aku terus melalui denai2 kehidupan aku. Apa yang aku ada sekarang semuanya pinjaman daripadaNya.


Alhamdulillah sekali lagi. Akhirnya aku masih ada peluang lagi untuk berbaju jubah konvo serta memakai topi petak. Aku bukan untuk membanggakan diri aku yang tidak hebat seperti doktor falsafah. Aku kira aku hanya biasa2 sahaja. Tapi, kadangkala aku merasa puas pada diri aku sendiri kerana aku sendiri tidak percaya atas kemampuan diri ku sehingga ketahap ini. Alhamdulliah atas usaha, berkat doa mak abah, sokongan yang diberi, rakan2 disekeliling serta tenaga pengajar yang semuanya hebat2 bagi aku mampu membawa aku hingga ke tahap ini. Perjuangan ku bukan hanya terhenti di sini. Masih banyak lagi perjuangan yang belum aku capai.



In Shaa Allah pagi ini aku akan bertolak ke Utara untuk berkonvo pd 28hb nanti. Moga semuanya selamat. Mood nak berkonvo pun dah sampai.

Jumpa lagi untuk next post. In Shaa Allah.





You Might Also Like

3 comments