Kaki 5 Republik belanja 100 cup [petang ini sahaja]
October 21, 2015
Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..
Alhamdulillah jerebu hari ini kelihatan sedikit baik berbanding semalam yang dikhabarkan jerebu kuning. Yea ! memang cuaca semalam agak kekuning kuningan. Tapi agak kurang enak didengar apabila ada di antara media sosial mengatakan tiada jerebu kuning berlaku. atau adakah aku yang rabun warna ? Sungguh kecewanya aku.

Jerebu ke tak jerebu ke, perjalanan hidup harus diteruskan. Demi mencari sesuap nasi, dengan ekonomi sekarang yang agak segan2 je.. usaha harus diteruskan untuk keselesaan hidup. Begitu juga dengan peniaga kaki 5 republik ni. sudah tentunya mereka mempunyai semangat yang kental untuk berniaga kecil-kecilan.

Hebat kan mereka? dengan hanya menjual air yang berperisa mampu menambat hati orang ramai. Siap beratur panjang sekali. tepi jalan ok ! (sebelah rumah aku je). Waktu diawal perniagaan mereka, dengan hanya khemah biasa saje. sekarang dah guna lori.

Air yang dia jual sangat best ! rasa macam air mahal yang jual dekat Gloria jeans dengan Starbucks tu. (ini bukan cerita tipu. aku tak dibayar komisen untuk laku kan jualan mereka) Jujur dari dalam hati aku kata air ni sangat sedap ! Belum rasa belum tahu. Nak cuba rasa try lah pergi beli. Lokasi berdekatan dengan roundabout Kompleks Puchong Perdana, deretan kiosk MPSJ Puchong Perdana, menghala ke Desa Millenia. Kaki 5 Republik ada 6 perisa tak silap aku. ada perisa Green Tea, Red Tea, Expresso, Mocha, Cappucino, Chocolate. yang berharga RM 3 untuk cup Kecil dan RM 5 untuk Giant cup.

Untuk makluman, Petang ini Kaki 5 Republik nak belanja 100 small cup untuk menghargai jasa pelanggannya yang turut menyokong perniagaannya. Bermula pada pukul 6.00 petang ini dan hanya limit 2 cup untuk setiap seorang. Petang ini sahaja taw ! Cepat datang beratur.....
Semoga perniagaan Kaki 5 Republik terus berkembang maju.
*mengintai dari tepi rumah nak tengok ramai tak orang beratur nak dapatkan 100 cup PERCUMA!
1 comments