Selesai Semuanya. Alhamdulillah

June 13, 2015


Selamat pagi !
:)

Awal pulak bangunnya. See ya ! Aku memang rajin bangun pagi. Kekadang hari minggu pun boleh bangun awal pagi. Alhamdulillah.

Hari ganti hari. masa ganti masa, rupa-rupanya dah 3 minggu aku menamatkan zaman praktikal. Walaupun banyak sangat dugaanya, namun aku tetap berjaya menghabiskannya. Praktikal done, report done, Next waiting to my Graduation day. 

Belanja sikit gambar konvo diploma dulu. 


ALHAMDULILLAH !

Terima kasih nak ucapkan dekat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung daripada awal sampai ke akhir pengajian aku. Terima kasih banyak-banyak.

Perancangan selepas ni, mungkin nak cari jodoh ! yahuuuu... (nampak benor gelojohnya) tapi mission nak berusaha cari jodoh tu, tak boleh lagi. Sebab tak berkerjaya lagi. Mak dah pesan. Kalau nak kawen, tunggu dah kerja. Ok ? Ok.. deal ! nampak gayanya kalau lepas ni tiba-tiba teringin nak sambung belajar lagi, kena postpone kan lagi la mission nak cari jodoh. Hehe.. In Shaa Allah, sampai masanya, akan sampai lah jodoh untuk aku. So kawan-kawan, makcik-makcik, pakcik-pakcik yang ada dekat luar sana, kalau jumpa sy nanti, jangan pulak ditanya "bila nak kawen?" kalau tanya, mungkin aku akan jawab dengan jawapan yang mungkin orang akan berhenti untuk berkata2. 

Bercerita soal bila nak kawen, memang sekarang ni umur sekitar aku yang ramai kawen. mana taknya. umur dah sampai 2* tahun. Haha. Memang patut pun pakcik-pakcik, makcik-makcik, kawan-kawan sebuk menanya bila nak kawennya.. Rileks.. umur masih muda lagi. dan rasanya aku tak layak lagi untuk hidup berumah tangga.

Untuk kawan-kawan yang bakal melangsungkan perkahwinan, untuk kawan-kawan yang dah berkahwin atau untuk yang akan mara ke title engaged, tahniah aku ucapkan. moga dengan title yang baru akan terus mematangkan diri.


Jauh datang dari KL ke Bachok. Kami datang untuk meraikan hari bahagia awak. Tahniah sekali lagi. Rezeki awak berumah tangga lepas habis praktikal. Alhamdulillah.. Lepas ni duduk dengan Encik Suami baik2 yea.. 

Last but not least,

Selamat maju jaya kawan-kawan semua... Moga terus sukses. Fokus untuk masa yang akan datang. Jatuh bangun adalah proses pembelajaran dalam kehidupan. Jumpa konvo nanti. In Shaa Allah..








You Might Also Like

0 comments