Program Yett Hanoi, Vietnam -Part 2

June 14, 2015


Salam Sejahtera. Hai ! seperti yang dijanjikan pada post yang sebelumnya, untuk sambung cerita pengalaman yang aku dan kawan-kawan dapat pada hari-hari terakhir di Hanoi,Vietnam. 

Pagi-Petang - Bangun seawal pagi untuk melawat koperasi yang berdekatan. Koperasi ni aktiviti dia buat colok. ehee.. *ntah macam mana boleh ke koperasi yang buat aktiviti ini yea*  



Dan selepas daripada lawatan ke koperasi tersebut, baru lah kami  ke Ha Long Bay dari tempat penginapan adalah selama 3 jam. *dalam hati kata. "jauhnya. macam nak balik kampung muar pulaknya" Yes ! memang benar mengambil masa yang lama untuk sampai sana. Dalam bas masing2 dah macam cacing kepanasan. tak reti dok diam. agaknya masing-masing dah kebosanan. Tapi sebenarya... kalau pemandu bas dekat Malaysia bawak bas dekat Vietnam, rasanya kena hon hon honnnn... sebab pemandu dekat sana, tak kira la kereta atau motor atau bas atau lori atau teksi, adalah pemandu yang berhemah ! sangat berhemah dan sopan santun.. makanya memang lah untuk sampai ke sana selama 3 jam walaupun jaraknya kalau pemandu dekat malaysia bawak, boleh sampai paling buruk pun 2 jam. 

Cerita pasal lalu lintas mereka ni.. every morning memang jem. sama macam dekat Malaysia. tapi mereka lebih banyak motor daripada kereta atau bas atau teksi sekalipun. Pemandu mereka yang sangat berhemah dan bertolak ansur dibuktikan apabila ada kereta dihadapan atau pejalan kaki yang nak melintas jalan. Mereka menggunakan hon sebagai isyarat. So, no wonder lah kalau u all boleh dengar hon bersepah2. kalau sekali dua atau sehari dengar ok lagi. tapi kalau dah banyak kali dengar, mahu bingit jugak telinga ni. tapi bagi mereka, itu adalah perkara biasa bagi mereka. untuk pejalan kaki pula, mereka dengan slumbernya, dengan penuh confident melintas jalan di tengah2 jalan raya yang banyak kereta. u know what? bukan jalan raya yang macam dekat Malaysia yang mana ada jejantas dekat atas tapi melintas jalan dekat bawah.

Selepas dok berperang dalam bas. sebab tak reti duduk diam, bangun tidur, bangun tidur pun tak sampai2 lagi, akhirnya sampai juga ke Ha Long Bay. Nak ke Ha Long Bay, kena naik cruise. 



Sampai je ke Ha Long Bay, semua dok sakan untuk ambil gambar. Daripada turun dari cruise sampai naik atas bukit untuk masuk ke dalam gua dok posing. Terserlah keterujaan kami.



Malam- Pulang dari Ha Long Bay, balik ke bilik penginapan sekejap, lepas tu keluar lagi. untuk shopping sakan sebelum berangkat pulang. Tak sabar nak balik Malaysia. rindu nak makan nasi lemak. rindu nak makan sambal belacan.


Di tepi jalan kedai kopi. nampak tak keadaan sekeliling dia macam mana ? 

Shopping kain sutera. Dekat Hanoi, banyak kain sutera. Kain cotton memang jarang jumpa. kalau jumpa, mahal. Kalau nak kain cotton, kena pergi Ho Chi Minh. Rambang mata nak pilih kain. So many choice you can choose. 


Jalan-jalan di taman di waktu malam. Banyaknya pasangan dating dekat sini. Kalau dekat Malaysia, berpasang-pasangan di waktu malam di taman memang kena cekup. 


Betul orang kata, kalau study dekat luar negara, kalau iman di hati tak kuat, akhlak boleh jadi runtuh. So, just be yourself. and always pray to Allah.

and last, keesokan harinya adalah hari pulang nya kami ke tanah air. Rindu Malaysia ! baru 4 hari duduk negara orang. da rindu Malaysia. macam mana nak duduk lama2 dekat negara orang ? hanya pengalaman yang boleh mengajar kita tentang kehidupan.



Kesiannya mereka.... kelaparan, kerinduan nak makan Nasi putih, Sup ayam goreng kak lisa katanya. Masa ni, terbayang-bayang kedai makan dekat SS8 tu...

Encik Ahmad Faizal, Madam Wan bersama Madam Mai, tour guide kami semasa kami di Hanoi. Kenalan Madam Wan.



Lepas ni boleh la kita travel lagi yea kawan2 :)



You Might Also Like

0 comments