Program YETT Hanoi, UUM-MKM

May 29, 2015


Assalamualikum. Selamat Pagi. Rasa kali ini aku nak kongsi sikit pengalaman aku dengan kawan masa dekat Hanoi tahun lepas. Cerita macam mana kami boleh sampai ke sana ? Adalah kerana salah satu aktiviti yang kami perlu lakukan untuk kelas keusahawanan. Dapat pulak lecturer yang sangat best. Akhirnya berjaya juga kami sampai Hanoi. Alhamdulillah.

Hanoi terletaknya di Vietnam. Hanoi tak macam Ho Chi Minh, Syurga membeli belah. Orang Malaysia kalau ke Vietnam pastinya nak ke Ho Chi Minh. Tapi kami tidak lah ke sana dan bukan untuk bershopping sakan. Makanya sampai lah objektif kami untuk sampai ke Hanoi. Alhamdulillah..

Hari Pertama :
Bertolak 6.00 Pagi dari Malaysia daripada KLIA2. Bas bergerak daripada kolej 11.00 malam. Lama tak lama kena tunggu dekat KLIA2 tu? Berkampung la kami di sana beramai2.





Hari Kedua :
Jam 9.00 Pagi Malaysia, sampai la kami di Lapangan terbangan Noi Bai. Kami di bawa oleh Ms Mai, Tour guide kami untuk tiba ke tempat penginapan.



Ok. rasanya boleh abaikan benda2 dekat atas katil tu. sebab terlalu excited lalu campakkan semua barang yang ada di atas katil. sampai2 bilik terus landing atas katil. lagi excited bila kami rasa kami sahaja dapat bilik yang macam ni walaupun penuh misteri. jeng. jeng. jeng

Selepas beberapa jam kami merehatkan diri, Pukul 2.00 Petang Malaysia, kami perlu bersiap2 untuk ke NETC (Hanoi's National Economic and Technical College). Program pertama kami selepas sahaja sampai ke Hanoi. Program ini seharian di kolej NETC. Balik hotel terus tidur. hotel tak hotel sangat. Kalau dekat Malaysia macam hotel bajet.


Sesi pengenalan oleh Pengarah NETC. Fully talking Vietnam language. Ms Mai jadi translator kami.

Perkenalan dan Pertukaran pelajar2 NETC

Kebanyakan antara mereka tidak lah fasih untuk berbahasa Inggeris sedangkan bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa dan bahasa yang dah tentunya digunakan untuk jadi bahasa perantara antara dua buah negara. Mungkin mereka tidak didedahkan dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua perantara. Kami mengalami masalah dalam berkomunikasi sekiranya mereka tidak memahami bahasa Inggeris. Sudahnya kami bercakap seperti ayam dengan itik bila berjumpa dan berborak. hehehe.


Aktiviti yang mereka adakan semasa kehadiran kami adalah sempena hari guru di kolej mereka. jadi kami dijemput untuk memeriahkan lagi program mereka. 

 

Sementara menunggu waktu nak ke malam, sempat untuk kami berposing2 sekejap di sekeliling kolej mereka. Sempat untuk kami merayap keliling kolej mereka. Malangnya Encik Faizal dengan Madam Wan tak bgi kami merayap jauh. Sebab keadaan kolej di situ sepertinya menakutkan. Menakutkan oleh kerana life mereka yang tidak seperti life di Malaysia dan for sure mereka majoritinya bukan lah beragama Islam. Maknanya, Life mereka tersangat bebas. Bilik mereka lelaki perempuan boleh masuk sesuka hati. Toilet mereka apa ntah lagi. 

 

Acara kemuncak hari guru mereka adalah pada malam hari. dan kami diminta untuk membuat persembahan pada malam itu juga. Ketaq kaki nak berdancing malam tu. Mana tidaknya. Lama dah pencen dari berdancing since habis diploma dulu. Masa degree dulu memang dah tak amek alih da. Amek peluang ini untuk tambahkan pengalaman lagi. Penari yang selalu buat performance dekat Malaysia, yang ada skill pun belum tentu dapat buat performance dekat luar negara. Kami yang hanya berlatih seminggu terus kena buat persembahan dengan luar negara. Thumb up to geng zapin express BBA BAtch 4 MKM-UUM



Hari Ketiga :
Pagi - Melawat Koperasi Bunga Lily di Hanoi dan Ladang bunga Lily.


Taklimat dan penerangan mengenai Koperasi Bunga Lily. Koperasi ini seperti koperasi yang berada di luar bandar yang dipenuhi ramai penduduk di sekitarnya. Pekerja di ladang Bunga Lily ratanya adalah terdiri daripada anggotanya sendiri. 


Semasa Perjalanan ke Ladang Bunga Lily. Kami berjalan kaki lebih kurang 1km daripada koperasi

Bersama madam wan dan Encik Faizal yang sangat awesome


Petang - Jalan2 melawat tempat akademi tentera, muzium 

 


Malam : Shopping di sekitar tempat penginapan. Sangat dekat dengan tempat penginapan.

 

Ikutkan. Macam-macam ada. rambang mata nak memilih. Harga pun okey !

*** to be continud ***


Nantikan entry seterusnya untuk hari terakhir di Hanoi ;)






You Might Also Like

1 comments