Hari ini hari cikgu
May 16, 2015
Mengimbau kenangan zaman persekelohan. Terlalu banyak pengalaman. Orang kata zaman sekolah adalah zaman yang paling bahagia begitu juga dengan zaman belajar. Namun, zaman belajar di IPT adalah berbeza pengalaman dengan zaman persekolahan. Walaupun terlalu banyak kenangan di zaman persekolahan dan zaman belajar, semuanya masih segar dalam ingatan.
Perkara paling segar dalam ingatan adalah kenangan bila kena rotan dengan cikgu disiplin sebab datang lambat. Itu adalah kenangan pertama dan terakhir kena rotan dengan cikgu disiplin. Mungkin jam tangan cikgu disiplin, atau jam dinding bilik disiplin, atau jam sekolah pada ketika itu cepat seperti biasa. Buktinya ramai lagi pelajar yang dikenakan tindakan seperti rotan sebab datang lambat ke sekolah. Ramai yang dimaksudkan adalah ramai bukan seperti biasa tapi adalah luar biasa.

Apa pun yang berlaku sama ada di zaman persekolahan, atau zaman belajar di IPT semuanya mengajar aku erti kehidupan dan mengajar aku untuk jadi lebih berfikiran positif dan mampu untuk mengendalikan sesuatu perkara. Alhamdulillah. Semuanya adalah kerana jasa guru2 dan pendidik ku. Mak abah juga adalah salah seorang daripada pendidik ku. Mereka lah guru pertama ku walaupun mereka tidak mempunyai kelulusan dari bidang perguruan atau pendidikan.
Terima kasih untuk mak abah, cikgu2 tadika, cikgu2 sekolah rendah, cikgu2 sekolah menengah, pensyarah dan pegawai latihan di maktab. Terima kasih yang tidak terhingga untuk warga pendidik ku.. Tanpamu siapa lah aku di kala ini.
Selamat Hari Guru
16 Mei 2015
Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Guru oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979
1 comments