D'kayangan Steamboat -food review

May 20, 2015


Selamat Malam all :)

Malam ini rasa macam rajin sangat nak post entry baru. Walaupun kalau macam sebelum2 ini, time cenggini dah tidur dah. Dek kerana kepenatan main kejar2 bas. Itu lah rutin harian aku untuk tiap2 minggu. 

Makanya entry kali ini nak buat review sikit berkenaan dengan makanan. Semua orang suka makan. Tipu kalau tak suka makan. melainkan tak suka gemuk itu pastinya ada. Salah satu nikmat kehidupan adalah bila dapat makan ! Nak lagi bila dapat makan makanan yang sangat superb dan sedap !

Terus terang cakap aku bila dah tahap kepingin yang melampau, akan sedaya upaya jugak untuk dapatkannya. Itulah perangai aku yang kadang orang tak boleh nak ikutkan. Mana tidaknya kalau boleh dengan kadar segera jugak untuk aku dapatkannya. Gelojoh bukan ? 

Bahana bila main scroll2 dekat fb. Padahnya aku kok kepingin banget arek mangan steamboat. (bahasa jawa/indon) Beriya ajak kawan2 selagi boleh nak jugak steamboat. Kesahnya, dapat juga dinner dengan kawan-kawan dekat D'kayangan Steamboat.

Makan dekat sini best ! selesa. ruang yang agak besar. sesuai untuk makan dengan family, kawan2, ofismate atau senang cerita nak celebrate birthday ke nak open table ke, jamuan ke bisa aja diatur. As long, awak kena la booking2 dulu :)

Dari segi rate harga dia pun harga mampu milik. kalau nak makan steamboat seoul garden tu memang tak mampu la bagi aku kalau nak open table ramai2. So, Dinner pada malam itu kami just decide untuk makan malam di sana. Sebelum pergi tu memang risau jugak takut ramai orang. Sebabnya kami booking pun dah lewat petang. Booking jam 8.30pm. tepat je 8.30pm bos dia terus call kami untuk double confirmation. At that time kami tak sampai lagi dek kerana traffic jem.


Terletak di Seksyen 13 Shah Alam berdekatan dengan Stadium Shah Alam dan juga Gaint Shah Alam. Cari Acapella Servis Appartment sahaja sebabnya ianya cuma terletak betul kat bawah tu. Kalau guna Waze atau google maps boleh juga just ikut arahan jer.

Banyak menu yang disediakan. Bila awak semua datang sana. Pastinya rambang mata. tak tahu nak makan mana satu. Awak ambik la banyak mana. Tapi, bila tak abis awak kena bayar denda ke atas makanan yang tak habis tu. So, untuk elak kan kena bayar denda, elakkan membazir, awak boleh ambik sikit2 dulu. bila rasa nak tambah untuk berkali2 pun boleh. Awak nak duduk lama2 pun boleh. Tapi jangan la duduk lama sangat sampai orang lain nak makan tak ada tempat. :)


Kalau awak yang suka seafood steamboat adalah paling sesuai untuk makan seafood dengan banyaknya pada harga berpatutan. Dekat sini ada banyak pilihan. Boleh pilih ketam, kerang, siput, sotong dan mcm2 lagi semua ada. Yang penting semuanya fresh ! Untuk grill pula semua makanan telah di perap dengan rempah ratus untuk kesedapan masa membakar. Ada daging lembu, ayam, seafood grill pun ada untuk anda boleh panggang ikut citarasa anda sendiri.




Kami tersangat lah seronok dan teruja bila sampai sini cz terlalu banyak sangat makanan yang ada and ikut suka kita nak masak dengan citarasa kita. Bayangkan dengan hanya rate harga yang tak sampai pun RM30 per person. Makan banyak2. amik ikut suka. tanpa limit. Sangat puas hati okey ! D'kayangan ini mula operasi pada sebelah petang hingga awal pagi. 

Kalau awak nak cuba2 ke sini boleh la ke fb dan Instagram beliau :)

FB : Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Instagram : dkayangansteamboat

Kalau bukan kerana aku yang mengajak tentunya mereka-mereka pun tak sampai ke sini juga. Terima Kasih melayankan tekak aku ini. 


*gambar ihsan from small girl a big heart




You Might Also Like

2 comments