Aku Bukan Blogger Full Time

May 10, 2015



Nak jadi blogger full time bukannya mudah. Itu bagi aku. Yang rasanya aku lebih prefer untuk masuk kan post dalam entry post bila datangnya mood rajin dan bila adanya suatu benda yang harus dikongsi bersama dan bila ada kelapangan untuk aku mencoretkan kisah hidup atau sebgainya. Kerana itu kadangkala, munculnya aku di dalam dunia blog. Walaupun satu negara, bukan setakat satu negara, 1 taman perumahan yang aku duduk ni pun orang tak kenal siapa aku. 


Orang kata dengan blog sahaja boleh datangkan pendapatan untuk diri. Itu mungkin bagi mereka yang punyai banyak pengalaman dan pengetahuan dalam blog. Dan bagi aku, itu bukanlah pada diri aku. Cukup sekadar tahu macam mana nak update entry, nak mekap2 kan sikit blog. Untuk menjadi blogger yang femes. Tidak sama sekali. Sebab aku pemalu orangnya. Dalam malu2, aku belajar untuk berani menonjolkan diri dalam setiap bidang yang aku ceburi. Dan itu lah diri aku yang sebenar.


You Might Also Like

0 comments