Ujian Allah Buat Aku Jadi Kuat.
March 10, 2014
Assalamualaikum. Selamat pagi. Alhamdulillah.. Allah masih bagi aku peluang untuk aku hidup dalam bumi sementara ini. Jika aku adalah orang yang tergolong antara mangsa pesawat MH370? Mungkin aku tidak berpeluang lagi untuk menjenguk bumi sementara ini. Atau mungkin aku masih berpeluang lagi oleh kerana kuasa Allah.

Tak semua orang kuat bila diuji Allah. Ada yang mengambil masa yang lama untuk pulih seperti sediakala. Kekuatan itu datang dari hati. Menyuruh orang bersabar memang mudah.
Tetapi untuk mengharungi ujian Allah tidak mudah yang disangka. Percaya pada diri. InsyaAllah semua bentuk dugaan boleh diatasi. Letak keyakinan di aras tertinggi. Tenang apabila diuji Ilahi.
# Allah.. terima kasih dengan ujian yang Engkau berikan. Aku semakin kuat dengan kehadiran ujian yang Engkau kirimkan kepada aku. Menjadikan aku semakin matang dalam melalui hari-hari yang mendatang. Syukran Ya Allah.
0 comments