pagi isnin

February 24, 2014


Assalamualaikum.. Selamat Pagi Isnin :) Alhamdulillah. Jumpa lagi dengan hari Isnin. Ramai orang kebanyakannya pada yang bekerja atau pada mereka yang bergelar pelajar atau murid akan bermusuh dengan hari Isnin. Kerana apa? Kerana masih dalam mood2 cuti.

Teringat masa zaman sekolah dulu, tiba saja hari Isnin, mood semua bertukar menjadi 'lemau' lagi hina bila masa nak pergi sekolah agama. Astaghfirullahalazim. Macam2 alasan untuk tak nak pergi sekolah agama. Saja2 siap lambat sebab nanti ada alasan tertinggal bas. Sampaikan abah sanggup balik rumah sekejap semata untuk hantar aku pergi sekolah agama dek kerana kena tinggal dengan bas. Pekikan mak yang bertempek2 supaya aku cepat siap untuk ke sekolah sudah menjadi perkara biasa bagi aku. Tapi kini, aku dah tak kesah dengan hari Isnin.





Mungkin juga makin tak sabar untuk berjumpa dengan hari Isnin. Faktor usia yang kadangkala boleh mengubah cara pemikiran kita. Aku bersyukur kerana dapat berjumpa dengan hari Isnin kerana Allah bagi aku peluang untuk aku mencari2 dan menambah keimanan dalam diri aku. Kalau aku tak diberi kesempatan untuk berjumpa dengan hari Isnin, mungkin aku dah tak dapat jumpa dengan kehidupan di dunia ini.

Akhir dari aku, bersyukurlah bila dapat berjumpa dengan hari Isnin. Stay cool. Ok? Jadikan hari pertama anda itu adalah sebagai satu kehidupan untuk membina semangat yang baru.

You Might Also Like

0 comments