move on

February 23, 2014


Assalamualaikum dan Selamat Hujung Minggu :)

Apa rancangan kamu untuk hari ini? Adakah sekadar membuang masa tanpa berbuat apa2? Ayuuhh...! Mari kita mulakan dengan langkah dan semangat yang baru. Harapnya tak lambat lagi kan.

Mulakan segalanya dengan yang baru. Yakinlah pada diri ! Percayalah pada diri ! Move on !!!



Aku harap,
Satu hari nanti,
Kau akan berdamai dengannya.

Hah?
Apa benda pulak?

Masa lalu. Kesalahan lampau.
Yang sudah tu sudah.
Tuhan tak suruh hukum diri sendiri macam ini.
Dah tutup buku lama, kena buka buku baru.

"Sangka buruk pada manusia yang cuba buat baik pada kau."
“Sangka buruk pada nikmat Allah pada kau.”
“Aku tak tahu apa yang jadi dengan hidup kau, dan aku tak gamak nak tanya. sebab aku tahu tak semua benda dan semua orang mahu bercerita”

Dear, masa lalu tu biar jadi pengalaman
Jadi pengajaran.
Jadi penyuntik semangat.
Jadi panduan.
Bukan halangan.
Bukan tembok yang buat kau tak nampak masa depan.
Buat batu yang buat kau jatuh dan benci perjalanan.

Aib tetaplah keaiban.
Dosa tetaplah dosa.
Taubat ada.
Rahmat ada.
Ampunan ada.
Selagi nyawa kau ada.
Kau jangan nak putus asa macam ni,
Tuhan tak suka.

Larut dalam penyesalan, jangan sampai membantutkan dan menghalang perjalanan.

Kalau berdiri pun kau tak mahu,
Macam mana aku nak pimpin kau.

Pipi rasa hangat..


#aku tahu aku bukan pakar motivasi yang hebat dan aku juga bukannya dr orang yang bermotivasi.

You Might Also Like

0 comments