bersabar atas ujian Allah

February 10, 2014


Assalamualaikum..


 
 Ya Allah
 dunia yang Engkau hamparkan ini indah
 tetapi durinya sering menusuk.

 Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya.
 Tetapi ya Allah.. hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah.
 
Ya Allah
 ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan
 kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis
 senipis kulit bawang.

 Ya Allah
 jika ini ujian yang pantas untukku lalui
 bantulah aku
 Agar aku tidak tersasar dari jalanMu.
 Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.
Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyeksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.

Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah.


Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.

-cp-


You Might Also Like

0 comments