belajarlah bersyukur

February 10, 2014


Assalamualaikum. Selamat petang. Penat dah duduk bertapa depan lappy dek kerana menunggu giliran untuk masuk ke dalam portal. Daripada start tengok Drama Filipina "Be Careful With My Heart" dekat tv3 sampai lah cerita "Cinta Jangan Pergi" start. Ok. Abaikan sahaja dengan masalah ini. Cuma kena didik diri untuk belajar BERSABAR. Wahai diri, ingatlah bahawasanya, Sabar itu separuh daripada iman. Ingat tu. Kalau tak dapat nak didik diri bersabar, sedar2lah bahawasanya imanmu itu sangatlah kurang wahai diri walaupun sememangnya diri tersangatlah kurang imannya.

****

Bersyukur pun kena belajar jugak. Kenapa yea, ada setengah manusia tu, dia masih mempersoalkan apa yang dia ada. Mengadu itu ini. Tapi hakikatnya, apa yang dia ada itu sudah cukup baik untuk dirinya. Di Manakah rasa bersyukur mereka ? Wallahualam.. Mungkin aku hanya lihat dan dengar secara luaran atau secara kasarnya sahaja. (Astaghfirullah.. terbit sudah rasa buruk sangka ini..) Tapi yang tahu hanya Allah yang satu..

Kawan,
Apa sahaja keputusan yang kamu dapat,
bersyukurlah..
Bersyukur tanda terima kasih kita kepada Allah.

Mana yang lulus,
Jangan lupa bersyukur.
Itu lah nikmat yang DIA beri.
Esok lusa belum tentu akan jadi milik kita lagi.

Mana yang gagal, yang kecewa,
Jangan lupa juga untuk bersyukur.
Menyatakan terima kasih kita,
Atas usaha kita selama ini.


Hikmah..

Apa yang terjadi, semuanya ada hikmah. Bukan DIA sengaja untuk beri pada kita. DIA nak kita belajar BERSABAR dan BERSYUKUR.

Kepada yang cemerlang, Dia nak tengok samada kita bersyukur padaNya atau sebaliknya dengan bermegah2an dengan apa yang kita ada.

Kepada yang kurang cemerlang, teruskan berdoa, teruskan usaha. Yakinlah bahawa ini juga adalah ujian dari Allah untuk melihat samada kita bersabar dan redha dengan keputusan.

Apa Yang Kita dapat..

Keputusan yang kita dapat, adalah hasil daripada usaha yang kita lakukan. Kita tak mampu nak tentukan apa yang kita dapat selain daripada usaha kita untuk capai apa yang kita nak. Kita kena yakin dengan usaha kita dan selebihnya serahkan diri pada Allah dengan berdoa. In Shaa Allah..


Jadi,
Bersyukurlah dengan segalanya. jika kita berusaha, pasti ada yang terbaik untuk kita. Yakin pada takdir Allah.

“Tinggikan impianmu setinggi langit. Jika kamu sudah mencapainya, tinggikan lagi impianmu. Jika kamu gagal dalam usahamu, gemblengkan lagi tenagamu untuk mencapainya.”


Wahai diri dan teman, kurangkan risaumu terhadap markah dan pointer.
Lebihkan risaumu tentang ilmu dan kefahaman.
Lebihkan risaumu, adakah ilmu yang kamu dapat itu bermanfaat untuk ummah.
Lebih lebihkan lagi risaumu, adakah ilmu yang kamu pelajari, termasuklah perjalanan dalam mempelajarinya telah membawa kamu lebih dekat dengan TUHAN ?
-cp-


You Might Also Like

0 comments